Nuffnang

Ya Rabb, aku tahu HIDUP adalah suatu PERSINGGAHAN namun terkadang aku TERSESAT di jalan yang terang. Aku REBAH saat mencari jalan pulang. Ya Rabb, terimalah TAUBATku sebelum segalanya DIPERHITUNGKAN.

My Cute Followers

*.Selawat Yang Paling Afdhal.*

☀ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ☀ 

Dari Abu Mas'ud Al Anshari katanya, " Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, sekonyong-konyong Nabi s.a.w datang. Basyir bin Sa'ad bertanya kepada baginda, "Allah memerintahkan kami supaya berselawat kepada anda. Bagaiana kami berselawat itu ya Rasulullah?" Kata Abu Mas'ud,"Rasulullah s.a.w diam saja tidak segera menjawab. Sehingga kami mengira, mungkin baginda tidak menyukai pertanyaan kami itu. "Kemudian baginda bersabda, "Ucapkanlah; Allahumma solli ala Muhammad, wa ala ali Muhammad. Kama sollaita ala Ibrahim. Wa baarik ala Muhammad, wa ala ali Muhammad. Kama baarakta ala Ibrahim..Fil alamina innaka hamidun majid. Kemudian memberi salam, dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui." -Hadis Riwayat Muslim-

Menurut Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, selawat yang paling bagus dan afdal sekali adalah cara selawat yang diajarkan oleh Nabi s.a.w ketika sahabat bertanya. Maksudnya adalah selawat yang sebagaimana sering di baca di dala solat. Itu adalah selawat yang paling afdhal dan tidak ada yang lebih afdhal daripada itu. Manakalatemtang selawat lain yang dikatakan bagus dibaca tidak disebutkan di dalam hadis, ia mungkin hanya pendapat ulama. Wallahu'Alam... 


Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. ^^
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*♫•*¨*
SALAM MAULIDURRASUL 1433H..

untuk sahabat2xku..
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya...
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*♫•*¨*




0 'secret admirer':

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...